Bisnes untuk cikgu

Business Untuk Cikgu
•••••••••••••••••••••••

Sebagai cikgu, kita tidak punya banyak masa kerana tugasan mengajar adalah amanah Allah yang harus digalas sungguh sungguh.

Dalam masa yang sama, cikgu juga punya banyak ruang masa yang boleh digunakan sebaiknya tanpa menjejaskan amanah di sekolah mahupun di kolej.

Antara business yang memang serasi untuk cikgu adalah

1) Penubuhan Tempat Tuisyen
2) Buku buku ilmiah untuk anak bangsa
3) Buku buku motivasi untuk anak bangsa.
4) Buku novel kanak kanak seperti Ana muslim
5) Kelas Memanah pada hujung minggu
6) Kelas Silat pada hujung minggu
7) Berniaga pasar tani pada hujung minggu
8. Bercucuk tanam yang mudah seperti pokok pokok cili, terung, dan buah buahan
9) Business rumah sewa
10) Business supply kerepek / makanan ringan di koperasi sekolah
11) Business kanopi
12) Business Gubahan bunga

Cara bebas hutang

Kita semua mengimpikan kehidupan yang bebas daripada pelbagai masalah


Cara Bebas Hutang....
•••••••••••••••••••••••••••••

Telefon berdering lebih dari 3 kali pagi ni. Hati rasa rasa agak serabut bila pagi pagi sudah ada yang call bertanya tentang duit bayaran kereta yang tertunggak.

Lebih kurang jam 1 tgh hari, masuk lagi beberapa call. Suara pegawai bank bertanya tentang duit kredit card.

Sebelah Petang, sebelum pulang dari pejabat, sekali lagi telefon berbunyi. Kali ini agak keras lagi menanyakan duit pinjaman yang pernah dijanjikan.

Dulu, masa bekerja takde rasanya kepala seserabut ini. Tapi, semenjak masuk dalam dunia business. Rasa diri tertekan dan berserabut dengan pelbagai hutang yang melilit.

Apa punca jadi begini? Punca dari segala masaalah yang berlaku adalah sebenarnya dari dalam diri kita. Kita tak akan jumpa jawapan jika kita sentiasa mencarinya diluar.

Hutang itukan AMANAH. Jika selama ini kita selalu menyatakan hutang. Maka sampai bila bila kita akan tertekan.

Cara pertama (Niat)
•••••••••••••••••••••
Katakan dalam diri. Aku punya AMANAH. Amanah amanah ini, Allah kirimkan kepada ku kerana tahu aku dapat membayarnya. Ubahkan terus persepsi kita. Dari dulunya Hutang kepada Amanah.

Niat sungguh sungguh mulai hari ini. “Aku mahu melangsaikan semua amanah ini Ya Allah. Aku tidak mahu tergolong dalam golongan kikir, pengecut dan pemalas.”

Cara kedua (Iqra’ Baca dan Tulislah)
••••••••••••••••••••••••••••
Tuliskan setiap satu hutang yang kita ada. Tuliskan dengan panjang lebar jika ia banyak.

1) Amanah pada Emak rm30,000
2) Amanah pada sahabat Ali RM2000
3) Amanah pada rumah Rm5000
4) Amanah pada kenderaan RM1000
5) Amanah bank Cimb untuk card RM500

Jangan risau dan khuatir. Nangislah selepas tulis. Cakap kat Allah yang kita mahu bebas dari belenggu. Minta Allah tunjuk jalan.

Cara ketiga
••••••••••••••
Listkan Aset aset yang ada untuk kita mulakan Action petunjuk jalan kita selesaikan masaalah.

Contoh :
- Saya suka mengarang novel cinta. Maka... mulakan menulis. Tulislah walaupun di facebook. Kerana satu hari nanti, ia akan dibukukan menjadi novel dan dibeli oleh penerbit filem

- Saya suka memasak. Maka... mulakan dengan merakam dan mengambil gambar resepi resepi masakan. Dan satu hari nanti boleh dijadikan dvd untuk mereka yang ingin belajar memasak.

- Saya suka bercucuk tanam. Dan dibelakang rumah ada tanah terbiar. Maka, mulalah menanam buah buahan yang kita gemari untuk kita supply ke kedai2 buah buahan.

- Saya suka menggubah bunga. Maka, mulalah menggubah dan menghias bunga dan boleh di jual di pasar tani.

Cara ke empat. (Doa)
••••••••••••••••••••••••
Di sini dibawakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang, antaranya:

Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”

Riwayat Abu Daud (4/353)

Hadis ‘Aisyah R.Anha.

Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”

Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)

Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”

Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kefahaman dan keyakinan kepada Allah SWT. Amiin.

Petikan ini dari (muftiwp.gov.my)

Alhamdulillah, semoga tips ini diamalkan dan kita semua tergolong dari golongan berjaya serta bebas dari tekanan hutang.

Gagal bangkit lagi

Bisnes Air boleh jadi jutawan

Coach, saya jual air. Tapi air saya tak laku. Kenapa yer?

Cuba bertenang. Pejam... dan cuba bayangkan. Apa sebenarnya yang pelanggan mahukan?

Jika dah bayang. Dah dapat rasa, tuliskan setiap satu yang kita rasai tu.

Contoh:

Pelanggan suka air dalam botol kerana mudah dibawa.

Pelanggan suka nampak air berwarna warni tetapi, dicampurkan dengan buah buahan kerana lebih natural.

Lagi.... cer sambung